Effective Date: 11 March 2026
Last Updated: 11 March 2026
1. INTRODUCTION
2. COLLECTION OF PERSONAL DATA
3. SOURCES OF PERSONAL DATA
4. PURPOSES OF PERSONAL DATA COLLECTION
5. DISCLOSURE OF PERSONAL DATA TO THIRD PARTIES
6. LIMITATION ON DISCLOSURE
7. SECURITY OF PERSONAL DATA
8. STORAGE AND RETENTION OF PERSONAL DATA
9. YOUR RIGHTS
10. COOKIES
11. INTELLECTUAL PROPERTY AND COURSE MATERIALS
12. LINKS TO THIRD-PARTY WEBSITES
13. CHANGES TO THIS POLICY
14. CONTACT DETAILS AND LANGUAGE
Address:
Unit 13A-08, Level 13A, Menara MBMR, 1 Jalan Syed Putra, 58000 Kuala Lumpur, Malaysia
Attention:
Data Protection Officer
Telephone number:
+603 4816 8676
Email address:
info@yeoashley.com.my
— END OF PRIVACY POLICY —
Tarikh Kuat Kuasa: 11 Mar 2026
Tarikh Kemaskini Terakhir: 11 Mar 2026
1. PENGENALAN
Dasar Privasi ini (“Dasar”) dikeluarkan oleh YEO ASHLEY & PARTNERS dan kumpulan syarikatnya yang beroperasi di bawah nama YEO ASHLEY (secara kolektif dirujuk sebagai “Kumpulan”, “kami”, “kita” atau “milik kami”). Dasar ini mengawal pengumpulan, pemprosesan, pengurusan, penggunaan dan pendedahan data peribadi anda dan telah disediakan selaras dengan kewajipan kami dan hak-hak anda sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP“). Sila baca Dasar ini dengan teliti bagi memahami komitmen kami dalam melindungi privasi, kerahsiaan dan keselamatan data peribadi anda.
Kami komited untuk melindungi data peribadi anda semasa anda berinteraksi dengan kami, termasuk semasa menggunakan laman web kami, menghadiri kursus, seminar, bengkel, webinar, atau melibatkan diri dengan perkhidmatan perundingan kami (“Perkhidmatan“). Oleh itu, kami akan memastikan bahawa kerahsiaan dan keselamatan semua data peribadi yang diberikan kepada kami dilindungi sepenuhnya pada setiap masa dan hanya boleh digunakan oleh kami selaras dengan Dasar ini atau di mana ia dibenarkan di bawah undang-undang.
Sekiranya anda tidak memberikan sebahagian atau semua maklumat yang diminta oleh kami atau menarik balik persetujuan yang telah anda berikan kepada kami untuk mengumpul dan menggunakan data peribadi anda, kami tidak akan dapat menyediakan atau terus menyediakan Perkhidmatan kami kepada anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada akses kepada perkhidmatan perundingan, kursus, seminar, bengkel, webinar, bahan pendidikan, dan sumber dalam talian. Anda mengakui bahawa keengganan untuk memberikan data peribadi tertentu boleh menyebabkan Kumpulan tidak dapat memproses pertanyaan, pendaftaran, penghantaran bahan kursus, penyediaan perkhidmatan perundingan atau Perkhidmatan lain anda.
Dengan bersetuju dengan Dasar ini atau dengan memberikan data peribadi yang diminta atau menyertai kursus, seminar, bengkel, webinar kami atau terus melibatkan diri dengan kami untuk Perkhidmatan kami atau dengan menggunakan laman web kami, anda telah bersetuju untuk terikat dengan, dan akan dianggap telah membaca, memahami, dan menerima amalan dan dasar yang digariskan dalam Dasar ini dan anda dengan ini memberikan persetujuan kepada kami untuk mengumpul, menggunakan dan mendedahkan data peribadi dan maklumat anda sebagaimana yang dinyatakan dalam Dasar ini.
2. PENGUMPULAN DATA PERIBADI
Apabila anda mendaftar untuk mana-mana Perkhidmatan kami atau sebaliknya memberikan data peribadi anda kepada kami dan menggunakan laman web ini, data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, butiran pengenalan diri anda (nama penuh, jantina, umur, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, nombor pasport), maklumat perhubungan (termasuk alamat, alamat e-mel dan nombor telefon), alamat pengebilan, pekerjaan, nama syarikat, rekod komunikasi kami dengan anda (termasuk sebarang mesej, e-mel, borang maklum balas), serta gambar, rakaman audio, dan/atau rakaman video yang diambil semasa kursus, acara, seminar, atau bengkel kami, dan sebarang maklumat lain yang mungkin diperlukan oleh kami dari semasa ke semasa bagi tujuan yang dinyatakan dalam Fasal 4.
Sekiranya anda memberikan data peribadi mana-mana pihak ketiga kepada kami, anda memberi jaminan dan waranti bahawa anda telah mendapatkan persetujuan, lesen dan/atau kebenaran yang diperlukan daripada pihak ketiga tersebut untuk berkongsi dan memindahkan data peribadinya kepada kami, dan untuk kami mengumpul, menyimpan, menggunakan, mendedahkan dan memproses data peribadi tersebut selaras dengan Dasar ini.
Kami lazimnya tidak mengumpul atau memproses sebarang data peribadi sensitif melainkan persetujuan nyata telah diperoleh daripada anda, atau di mana pemprosesan tersebut dibenarkan atau dikehendaki di bawah undang-undang. Walau bagaimanapun, sekiranya anda secara sukarela memberikan kami sebarang data peribadi sensitif, ia akan dianggap bahawa anda telah memberikan persetujuan nyata anda melalui tindakan untuk mengumpul, menggunakan, mendedahkan atau memproses data peribadi sensitif tersebut semata-mata untuk tujuan ia diberikan, sekiranya adalah munasabah bahawa anda secara sukarela memberikan maklumat tersebut, dan selaras dengan APDP. Data peribadi sensitif termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
keadaan kesihatan fizikal atau mental anda;
pendapat politik anda;
kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang seumpamanya;
pelakuan atau dakwaan pelakuan apa-apa kesalahan oleh anda; dan
data biometrik.
3. SUMBER DATA PERIBADI
Kami boleh mendapatkan data peribadi anda daripada anda dan daripada sumber-sumber lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
maklumat yang diberikan oleh anda dalam borang pendaftaran, borang pertanyaan, borang maklum balas atau borang penilaian kursus (jika berkaitan);
apabila anda melibatkan diri dengan perkhidmatan perundingan kami;
apabila anda mengakses laman web dan menggunakan Perkhidmatan kami;
apabila anda berkomunikasi dengan kami melalui panggilan telefon, e-mel, media sosial, platform pemesejan dan/atau kaedah surat-menyurat lain;
apabila anda menghadiri kursus, seminar, bengkel, webinar, atau acara kami (sama ada secara bersemuka atau dalam talian);
sebarang interaksi antara anda dan kami melalui laman web, platform media sosial kami, dan/atau aplikasi sembang dalam talian kami (jika berkaitan);
pihak ketiga yang berkaitan dengan anda, seperti pekerja, nomini, perujuk, dan orang-orang lain sedemikian (tertakluk kepada persetujuan terdahulu anda bagi membolehkan mereka mendedahkan maklumat yang berkaitan dengan anda);
Cookies (sebagaimana yang ditakrifkan di bawah), butirannya Adalah seperti yang dinyatakan dalam Fasal 11;
pembekal perkhidmatan pihak ketiga seperti pemproses pembayaran, pembekal analitik, platform pemasaran, dan pembekal perkhidmatan pengiklanan; dan
sumber yang tersedia secara umum (contohnya senarai perniagaan, daftar awam, profil media sosial).
4. TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI
Tujuan mengumpul dan memproses data peribadi anda termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang berikut:
untuk mengesahkan maklumat yang diberikan oleh anda dan identiti anda;
untuk menganalisis kesesuaian anda untuk mendaftar dengan kami dan memproses pendaftaran anda;
untuk melaksanakan, menjalankan dan melengkapkan sebarang transaksi atau urusan atau menyediakan Perkhidmatan kami kepada anda atau mana-mana pihak ketiga;
untuk menyediakan perjanjian atau dokumentasi oleh penasihat undang-undang profesional kami berkaitan dengan penglibatan kami;
untuk memudahkan komunikasi antara anda dan kami berkenaan Perkhidmatan kami;
untuk melaksanakan kewajipan kami atau untuk melaksanakan hak-hak kami di bawah undang-undang;
untuk mengoperasi, mentadbir, dan mengurus laman web dan Perkhidmatan kami;
untuk memberi maklum balas dan membuat susulan terhadap sebarang pertanyaan, aduan atau permintaan yang anda mungkin kemukakan;
untuk memproses pembayaran, mengeluarkan invois, resit, dan mengurus bayaran balik (di mana berkaitan);
untuk menyampaikan bahan kursus, kandungan pendidikan, dan sumber perundingan kepada anda;
untuk menghantar kemas kini penting berkaitan perkhidmatan, keselamatan, atau dasar;
untuk memberikan cadangan dan maklum balas yang diperibadikan bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran anda;
kami menggunakan Cookies untuk meningkatkan proses, pengiklanan, pemberitahuan, pengesahan, keselamatan dan pematuhan, analitik dan pengurusan pilihan kami (butiran penggunaannya dinyatakan dalam Fasal 11 Dasar ini);
untuk menghubungi anda dan memberikan maklumat mengenai Perkhidmatan kami serta maklumat lain yang mungkin kami tentukan sebagai menarik minat anda;
untuk mematuhi kewajipan anda, sebarang keperluan undang-undang atau kawal selia yang berkaitan dengan Perkhidmatan kami dan untuk membuat pendedahan sebagaimana yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, garis panduan, undang-undang kecil, kod, pekeliling, pihak berkuasa kerajaan dan/atau mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang berkenaan;
untuk rekod dalaman kami dalam urusan biasa perniagaan;
untuk menggunakan gambar, rakaman audio, dan rakaman video yang diambil semasa kursus, acara, seminar, atau bengkel kami untuk tujuan promosi, pemasaran, dan pendidikan;
untuk mencipta dan mengedarkan testimoni, kajian kes, atau kisah kejayaan yang menampilkan penyertaan anda (dengan persetujuan anda);
untuk mengurus dan melindungi hak harta intelek kami berkaitan dengan bahan kursus dan kandungan yang diberikan kepada anda; dan
untuk sebarang tujuan lain yang berkaitan dalam urusan perniagaan.
Sehubungan dengan tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Fasal 4.1 di atas, anda dengan ini memberikan kebenaran kepada kami untuk mendedahkan data peribadi anda kepada pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan, pengganti kepentingan kami, penaja, pengiklan, peguam, penanggung insurans, pelaras tuntutan, penasihat lain, pembekal, kontraktor dan/atau pembekal perkhidmatan, Ahli Gabungan kami (sebagaimana yang ditakrifkan di bawah) dan pihak ketiga terpilih lain selaras dengan Fasal 5.
5. PENDEDAHAN DATA PERIBADI KEPADA PIHAK KETIGA
Bagi tujuan menyediakan Perkhidmatan kami kepada anda, kami berhak untuk mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga terpilih seperti berikut:
firma undang-undang ahli gabungan kami, syarikat-syarikat berkaitan dan bersekutu (secara kolektif, “Ahli Gabungan” kami);
rakan kongsi perniagaan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada jurulatih kursus, dan penceramah jemputan;
syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami termasuk tetapi tidak terhad kepada penaja, pengiklan, pembekal, kontraktor, penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran dan pembekal perkhidmatan dan/atau produk pihak ketiga lain;
syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai rakan strategik kami yang merangkumi pihak-pihak yang kami bekerjasama untuk acara, kursus, bengkel, atau aktiviti tertentu;
penasihat profesional kami dan/atau klien kami termasuk tetapi tidak terhad kepada peguam, penanggung insurans, juruaudit, akauntan dan/atau penasihat lain yang diberi kuasa oleh kami;
mana-mana orang yang diberi kuasa oleh anda untuk memberikan arahan berkaitan dengan transaksi atau urusan anda dengan kami;
mana-mana orang, agensi kerajaan, agensi penguatkuasa undang-undang, pihak berkuasa berkanun dan/atau pengawal selia industri di mana kami diwajibkan untuk mendedahkan data peribadi selaras dengan mana-mana undang-undang, peraturan atau perintah mahkamah;
pembekal perkhidmatan IT kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembekal perkhidmatan pengurusan hubungan pelanggan, pembekal perkhidmatan pemasaran e-mel, dan pembekal pengehosan awan;
agensi pemasaran, penyelidikan, dan komunikasi kami; dan
mana-mana pihak lain jika dikehendaki oleh undang-undang.
Dalam mendedahkan data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga menurut Fasal 5.1, kami akan mengambil langkah-langkah munasabah serta langkah keselamatan yang sewajarnya bagi memastikan pendedahan tersebut dlaksanakan secara selamat dan terjamin.
6. HAD PENDEDAHAN MAKLUMAT
Tertakluk kepada Fasal 5 kami akan menganggap data peribadi anda sebagai sulit dan rahsia serta tidak akan mendedahkan data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga melainkan sekiranya mana-mana kejadian berikut berlaku:
anda telah memberikan kami kebenaran untuk mendedahkan data peribadi anda;
kami dikehendaki atau dibenarkan berbuat demikian bagi mematuhi kewajipan perundangan atau kawal selia, sebarang permintaan daripada badan kawal selia, badan kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa lain;
kami dikehendaki untuk memenuhi kewajipan kami yang dinyatakan dalam Dasar ini; atau
kami dikehendaki untuk memindahkan hak dan kewajipan kami di bawah Dasar ini.
Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan dengan pendedahan data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga di bawah Dasar ini, anda boleh menghubungi kami di alamat yang dinyatakan dalam Fasal 14.1.
7. KESELAMATAN DATA PERIBADI
Kami mengambil langkah-langkah pentadbiran dan keselamatan, prosedur dan dasar yang sewajarny serta mengambil langkah-langkah munasabah, setakat yang praktik, dan selaras dengan undang-undang, untuk melindungi data peribadi anda daripada akses, penggunaan, pendedahan, pengubahsuaian, pengambilalihan, pemusnahan, dan kehilangan yang tidak wajar atau tanpa kebenaran.
Kami boleh menyimpan maklumat anda sama ada dalam bentuk elektronik atau fizikal atau melantik pihak ketiga untuk menyimpan maklumat tersebut bagi pihak kami.
Kami akan membuat kemas kini yang munasabah kepada langkah-langkah keselamatan kami dari semasa ke semasa dan memastikan bahawa pihak ketiga yang diberi kuasa hanya menggunakan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan sebagaimana yang dinyatakan dalam Dasar ini.
Internet bukanlah medium yang selamat. Walau bagaimanapun, di mana berkenaan, kami akan melaksanakan pelbagai prosedur keselamatan yang munasabah berhubung dengan sebarang komunikasi elektronik dengan kami. Semua pekerja dan pemproses data kami, yang mempunyai akses kepada, dan terlibat dalam pemprosesan data peribadi anda, diwajibkan untuk menghormati kerahsiaan data peribadi anda.
Kami tidak menjamin bahawa penghantaran data melalui Internet atau mana-mana rangkaian tanpa wayar adalah selamat sepenuhnya. Walaupun kami mengambil langkah-langkah praktikal dari segi komersial untuk melindungi data peribadi anda, kami tidak menerima tanggungjawab bagi sebarang akses tanpa kebenaran, pintasan yang menyalahi undang-undang atau kehilangan data peribadi yang dihantar secara elektronik (jika berkaitan), dan tidak akan bertanggungjawab atas tindakan mana-mana pihak ketiga yang mungkin menerima data peribadi tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa anda memberikan data peribadi anda kepada kami atas risiko anda sendiri.
8. PENYIMPANAN DAN PENGEKALAN DATA PERIBADI
Data peribadi anda akan disimpan sama ada (i) dalam bentuk salinan fizikal di pejabat kami atau pejabat Ahli Gabungan kami; dan/atau (ii) dalam salinan elektronik yang disimpan dalam pelayan yang terletak di Malaysia atau kemudahan penyimpanan teknologi maklumat dan pelayan lain yang terletak di negara-negara lain di luar Malaysia. Anda harus sedar bahawa data peribadi anda mungkin didedahkan atau dipindahkan kepada entiti-entiti yang terletak di luar Malaysia. Sila ambil perhatian bahawa entiti-entiti asing ini mungkin ditubuhkan di negara-negara yang mungkin tidak menawarkan tahap perlindungan data yang sama seperti yang ditawarkan di Malaysia. Dengan terus berurusan dengan kami, anda dengan ini memberikan persetujuan nyata dan memberi kuasa kepada kami untuk memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Fasal 4.
Kami akan terus menyimpan data peribadi anda untuk tempoh tambahan sehingga tujuh (7) tahun selepas penamatan hubungan anda dengan kami, bagi mematuhi keperluan undang-undang atau kawal selia, untuk melindungi kepentingan sah kami, atau untuk mana-mana tujuan yang sah di sisi undang-undang. Untuk menentukan tempoh penyimpanan yang sesuai bagi data peribadi, kami akan mempertimbangkan jumlah, sifat, dan sensitiviti data peribadi tersebut, potensi risiko kemudaratan yang mungkin timbul daripada penggunaan atau pendedahan tanpa kebenaran terhadap data peribadi anda, tujuan pemprosesan data peribadi anda serta sama ada tujuan tersebut boleh dicapai melalui cara lain, dan keperluan undang-undang yang terpakai.
Setelah tamat tempoh penyimpanan tersebut, kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi anda dilupuskan dengan selamat atau dinyahidentiti, selaras dengan undang-undang yang terpakai.
9. HAK-HAK ANDA
Hak-hak anda di bawah undang-undang berkaitan dengan data peribadi anda yang disimpan oleh kami adalah seperti berikut:
hak untuk mengakses data peribadi anda yang disimpan oleh kami dengan notis yang munasabah (tertakluk kepada pembayaran fi pemprosesan yang berkaitan, jika berkaitan);
hak untuk mengemas kini, mengubah, memadamkan, meminda atau membetulkan data peribadi anda;
hak untuk meminta sekatan ke atas pemprosesan data peribadi anda; dan
hak untuk menarik balik persetujuan yang telah anda berikan kepada kami atau mengehadkan penggunaan data peribadi anda.
Selaras dengan hak anda untuk mengakses data peribadi anda sebagaimana yang dinyatakan dalam Fasal 9.1(a)di atas:
anda juga mempunyai hak untuk menerima salinan data peribadi anda dalam format elektronik. Walau bagaimanapun, hak ini terhad kepada data peribadi yang telah anda berikan kepada kami dan diproses berdasarkan persetujuan anda. Ia tidak merangkumi data peribadi yang mungkin kami terima berdasarkan alasan lain atau daripada sumber lain; dan
kami boleh menahan permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda dalam keadaan tertentu, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
apabila kami tidak dapat mengesahkan identiti anda;
di mana data peribadi yang diminta adalah bersifat sulit;
di mana pendedahan boleh menjejaskan harta intelek, rahsia dagangan, atau kandungan kursus proprietari kami; atau
apabila kami menerima permintaan yang berulang atau tidak munasabah untuk data yang sama. Dalam apa jua keadaan, kami akan memaklumkan anda dengan segera mengenai sebab-sebab kami tidak dapat memenuhi permintaan anda.
Tertakluk kepada permintaan anda dan menurut dengan Fasal 9.1 dan 9.2 di atas, kami berhak untuk menafikan akses anda ke laman sesawang dan/atau penggunaan Perkhidmatan kami, menolak mana-mana atau semua permintaan anda, atau memerlukan bukti dokumentari lanjut, atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh undang-undang.
Anda mengakui bahawa penarikan balik persetujuan anda boleh mengakibatkan Kumpulan tidak dapat terus menyediakan akses kepada kursus, webinar, acara, perkhidmatan perundingan, dan/atau Perkhidmatan lain kami kepada anda. Kumpulan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan, atau akibat yang timbul daripada ketidakupayaan tersebut untuk terus menyediakan Perkhidmatan tersebut akibat penarikan balik persetujuan anda.
10. Cookies
Kami mungkin menggunakan Cookies, pengecam pengiklanan, suar web, teg, skrip, objek perkongsian tempatan seperti HTML5 dan Flash atau Cookies Flash termasuk teknologi serupa lain (“Cookies“) di laman sesawang kami bagi tujuan menyimpan data penggunaan anda berkenaan dengan laman sesawang tersebut serta untuk mengenali peranti anda pada log masuk seterusnya supaya kami dapat dengan segera menyampaikan maklumat yang disesuaikan kepada anda yang sepadan dengan akaun, minat dan keutamaan anda. Data yang dikumpulkan melalui Cookies adalah statistik kolektif tanpa nama dan tidak mengandungi data peribadi.
Cookies mempunyai pengecam unik yang boleh disimpan di laman sesawang, pada peranti yang anda gunakan untuk mengakses laman sesawang dalam e-mel yang kami hantar kepada anda. Cookies tersebut boleh menghantar maklumat tentang anda dan penggunaan laman sesawang anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada tempoh penggunaan, pilihan carian anda, jenis pelayaran, alamat IP dan/atau data berkaitan dengan iklan yang dipaparkan dan diklik oleh anda.
Tanpa prejudis kepada mana-mana peruntukan lain di bawah Dasar ini, pihak ketiga boleh menggunakan Cookies di laman sesawang kami untuk mengumpulkan jenis maklumat yang sama untuk tujuan yang sama sebagaimana yang dinyatakan dalam Fasal 10.2 di atas. Pihak ketiga boleh mengaitkan maklumat tentang anda yang diperoleh daripada laman sesawang kami atau daripada mana-mana sumber lain untuk tujuan lain mereka, di mana kami tidak mempunyai sebarang tanggungjawab, akses mahupun kawalan berkaitan dengan penggunaan maklumat tersebut.
Kami boleh berkongsi maklumat yang tidak dapat mengenal pasti identiti anda secara peribadi daripada atau tentang anda dengan pihak ketiga sedemikian, termasuk tetapi tidak terhad kepada data lokasi, pengecam pengiklanan, atau hash kriptografi bagi pengecam akaun biasa (seperti alamat e-mel) untuk memudahkan paparan atau pengiklanan bersasar.
Dalam apa jua keadaan, anda boleh melumpuhkan, menyekat atau menyahaktifkan Cookies pada bila-bila masa dengan melaraskan tetapan pelayar Internet anda untuk melumpuhkan Cookies tersebut. Anda juga boleh mengehadkan perkongsian maklumat anda melalui tetapan peranti mudah alih anda.
11. HARTA INTELEK DAN BAHAN KURSUS
Semua bahan kursus, kandungan, metodologi, strategi, sumber pendidikan, video, pembentangan, lembaran kerja, dan sebarang bahan lain yang disediakan oleh kami berkaitan dengan Perkhidmatan kami (“Bahan Kursus“) adalah dan hendaklah kekal sebagai harta intelek eksklusif Kumpulan.
Anda tidak boleh menghasilkan semula, mengedarkan, mengubah suai, mencipta karya-karya terbitan daripada, memaparkan secara awam, mempersembahkan secara awam, menerbitkan semula, memuat turun, menyimpan, atau menghantar sebarang Bahan Kursus tanpa persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada Kumpulan.
Sebarang penggunaan, pengeluaran semula, atau pengedaran Bahan Kursus tanpa kebenaran boleh mengakibatkan penamatan serta-merta akses anda kepada Perkhidmatan kami dan boleh mendedahkan anda kepada liabiliti sivil dan/atau jenayah.
12. PAUTAN KE LAMAN SESAWANG PIHAK KETIGA
Laman sesawang ini mungkin mengandungi pautan ke laman sesawang pihak ketiga. Laman sesawang pihak ketiga ini adalah tidak berkaitan dengan, bersekutu dengan, atau di bawah kawalan kami. Oleh itu, kami tidak bertanggungjawab atas dasar privasi mereka berkenaan sebarang pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan dan/atau perkongsian data peribadi oleh laman sesawang pihak ketiga tersebut. Kami berhak untuk melumpuhkan akses kepada mana-mana pautan ke mana-mana laman sesawang pihak ketiga mengikut budi bicara mutlak kami.
13. PERUBAHAN KEPADA DASAR INI
Kami berhak untuk mengubah suai, meminda atau mengemas kini terma-terma Dasar ini dari semasa ke semasa tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu kepada anda. Dasar yang telah diubah suai, dipinda atau dikemas kini akan disiarkan di laman sesawang dan akan berkuat kuasa serta-merta setelah dipaparkan.
Penggunaan data peribadi yang telah kami kumpulkan adalah tertakluk kepada Dasar yang berkuat kuasa pada masa data peribadi tersebut digunakan. Sila ambil perhatian untuk menyemak Dasar ini dari semasa ke semasa dan semak dengan teliti sebarang perubahan yang dibuat kepada Dasar ini.
Penggunaan berterusan anda terhadap laman sesawang dan/atau Perkhidmatan kami selepas perubahan tersebut dipaparkan merupakan penerimaan anda terhadap perubahan tersebut.
14. MAKLUMAT HUBUNGAN DAN BAHASA
Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada data peribadi anda, dan/atau jika anda mempunyai sebarang soalan berkaitan dengan pendedahan atau penggunaan data peribadi anda, dan/atau anda ingin melaksanakan mana-mana hak anda sebagaimana yang dinyatakan dalam Dasar ini, anda boleh menghubungi kami di:
Alamat:
Unit 13A-08, Level 13A, Menara MBMR, 1 Jalan Syed Putra, 58000 Kuala Lumpur, Malaysia
Perhatian:
Data Protection Officer
Nombor Telefon :
+603 4816 8676
Alamat E-mel:
info@yeoashley.com.my
Selaras dengan Seksyen 7(3) APDP, Dasar ini dikeluarkan dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia bagi Dasar ini, versi Bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai dan mengatasi.
— TAMAT DASAR PRIVASI —